Bismillahirohmanirrohim..
Rata-rata pencinta perhiasan emas sudah faham dan mahir dalam mentafsir cop pada barangan emas mereka. Sungguh pun begitu masih ramai yang tidak pernah tahu bahawa ada beberapa lagi simbol dan tanda yang jarang kita lihat.
Sebagai pengetahuan biasa juga, emas boleh dimanipulasi oleh si bijaktukang dengan pelbagai cara dan bentuk.
Percaya atau tidak emas boleh ditempa tidak patah walau hanya sebesar sehelai rambut..!!?? Menjadi ultra nipis ..??
Hakikatnya sifat emas itu sendiri tidak berubah dan tidak terjejas dengan elemen lain seperti logam-logam lainnya. Emas tidak akan berpindah atau terhakis ke kulit si pemakai sebagai daki atau kotoran yang mengakibatkan radang kulit. Nah, di sini perlu kita fahami masalah alergi yang berlaku kepada sesetengah pemakai barangan kemas adalah alahan kulit beliau dengan logam yang digabungkan, sedangkan emas itu sendiri tidak mendatangkan sebarang masalah pada kulit beliau.
Mutu Barang Kemas
Kebiasaannya, terdapat cop digit yang sangat familiar pada barangan emas, kan..??
Sebenarnya nombor-nombor ini adalah mewakili peratus ketulenan emas dan K (karat).
1 karat = 200mg emas. Semakin tinggi (K) bermaksud semakin tinggi kandungan emas dalam sesuatu perhiasan itu.
Dalam posting ini, jom kita semak sama-sama ya.
Standard Emas Malaysia
999 - 24k
950 - 23k
916 - 22k
875 - 21k
835 - 20k
750 - 18k
585 - 14k
375 - 9k
Emas 10 / 999 - 24k = 99.9% kandungan emas
Emas 950 - 23k = 95.4% kandungan emas
Emas 916 - 22k = 91.6% kandungan emas
* 24k gold = adalah emas tulen.
* 18K gold = mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold = mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58.3% emas.
* 12k gold = mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold = mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).
* 14k gold = mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58.3% emas.
* 12k gold = mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold = mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).
Tanda Mutu Emas di Eropah
Perhiasan emas di Eropah peratusannya agak rendah berbanding kita di Malaysia. Berikut tanda-tanda nombor yang popular di sana :
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas
Jom kita semak tanda-tanda lain..
Ada beberapa lagi tanda cop selain yang kami sebutkan di atas ya, contohnya disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenalpasti tukangnya atau tanda negara asal barangan tersebut mungkin juga akan disertakan.
Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Undang-undang ini adalah untuk mengawal pengilang agar tidak sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.
Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium. Hallmark sebenarnya BUKAN lah sebagai tanda trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.
Senarai Lengkap
1) 999 / 24K / θΆ³ι = Emas berketulenan penuh, turut dipanggil emas 10 dan emas kertas
2) 965 / ζ³°ε½ = Emas tulen 96.5%, kebanyakan emas mutu sebegini dari Thailand
3) 950 / 23k = Emas tulen 95%.
4) 916 / 22k = Emas tulen 91.6% emas ni hanya popular di negara asia, digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura, Brunei.
5) 875 / 21k = Emas tulen 87.5%, Boleh dikatakan hampir semua barang kemas negara timur tengah mengunakan emas ini
6) 835 / 20k / ηΎι = Emas tulen 83.5%, lebih keras dari 916 untuk, di komersial untuk barangan batu permata.
7) ι±ι = Emas tulen diantara 79% – 81% Dikenali sebagai emas paun, campuran utama adalah tembaga merah, emas ini hanya ada di Malaysia, sudah hampir 20 tahun ia tidak dihasilkan.
8) 750 / 18k / K18 = Emas tulen 75%, terkenal diseluruh dunia, di Malaysia ia menjadi emas pilihan untuk menghasilkan barangan batu permata, hampir semua barangan kemas Italy mengunakan emas ini, jika cop tersebut K18 barang tersebut dihasilkan di Jepun.
9) 625 / 15k = Emas tulen 62.5% campuran ini tidak dihasilkan di Malaysia.
10) 585 / 14k = Emas tulis 58.5%, popular di Malaysia pada 1995 hingga 2003 untuk menghasilkan rantai kristal, sekarang campuran ini dihasilkan jika ada tempahan khas barangan permata.
11) 12k / δΉ
ι = Emas tulen 50%, dihasilkan di Malaysia satu ketika dulu, sekarang tidak dihasilkan lagi.
12) 375 / 9k = Emas tulen 37.5%, dikenali sebagai Suasa.
13) 925 / 950 / 996 = Perak
14) Pd = Palladium, Malaysia ada menghasilkan cincin lelaki dari jenis logam ini.
15) PLAT / PT = Platinum, harganya lebih mahal dari emas.
16) CW = Carat Weight, merujuk kepada berat batu seperti berat batu berlian dan lain-lain
17) CZ = Cubic Zirconia = membawa maksud batu permata yang dipasang adalah batu buatan bukan batu asli seperti berlian, zamrud dan lain-lain.
18) SS / steel / St steel = Stainless Steel.
19) GF = Gold Filled, saduran emas tebal.
20) GP / Gold Plated / ZZ / 18Z / JJ / 18KGP = Emas Palsu, logam yang disadurkan dengan emas.
*GF mungkin mempunyai kandungan emas sedikit, contoh jika dicop pada cincin (GF 1/20 12k) ia membawa maksud kandungan emas 12k hanya 5% dari berat keseluruhan cincin tersebut.
*cop bertulis cina, bermaksud emas tersebut adalah emas lama, kerana sudah lama kilang-kilang emas di Malaysia tidak mengunakan cop tersebut, cop terkini adalah yang berunsurkan tiga (3) digit.
*Jika anda dapati cop tulisan cina selain daripada yang tertera di atas, ketahuilah ia merujuk kepada kilang pengeluar dan tukang, begitu juga cop huruf yang lain.
Apakah Keperluan Emas Dicampur Dengan Logam Lain..??
Perlu diketahui bahawa emas tulen tidak praktikal digunapakai sehari-harian kerana sifatnya yang lembut dan akan mudah patah. Untuk tujuan barangan perhiasan diri, ianya harus dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak dan sesetengahnya mampu menukar warna emas itu juga yang disebut sebagai campuran “metallurgists". Contohnya, Paladium atau nikel ditambah untuk menghasilkan emas putih dan tembaga akan mewujudkan warna mawar atau merah muda.
Kebanyakan barang-barang kemas baru sekarang telah ditanda bagi menunjukkan peratus dan jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.
Emas Sebagai Coating dan Plating
Coating - adalah kaedah mekanikal untuk menerapkan lapisan emas kepada logam lain selain emas. Menjadikan sesuatu barangan itu jauh lebih murah. Biasanya, barangan jenis ini juga boleh mempunyai harga yang berbeza-beza bergantung kepada ketebalan lapisan emas yang disalut. Semakin tebal salutan emas bermakna logam di dalam lebih tahan lama dari terdedah oleh proses terhakisan.
Plating - ini pulak adalah saduran yang menggunakan kaedah elektrolisis. Kaedah sadur ini lapisan emasnya adalah lebih nipis dari kaedah salutan tadi dan kebiasaannya tidak kekal lama dan perlu dicuci dan disadur semula.
For 16kh Mark on gold what it's mean
ReplyDeleteHi there, my assumed is, it is a similar to a gold marking. And 16 is referring to the gold percentage (k = karat) used in gold hallmark which is believe unidentical in their Shugart's guide. Hope will answer yr question..
ReplyDeleteJJ 18k what is mean? Tq
ReplyDeletecop JJ tu emas sadur n 18k tu adalah bermaksud % emas
DeleteZ GOLD PLATEE BERAPA HARGA
ReplyDeleteCop tulisan cina Dan 999.9 emas putih
ReplyDeleteemas ad cop RP ory ke x
ReplyDeleteKalau 916 ghj Ori ke?
ReplyDeleteAdmin tlong kasi List singkatan Bg emas .. sbb msih ta detail maklumat yg admin kasi ..cntoh nya KC, UI, dll..tq
ReplyDeleteAG emas Tulin x
ReplyDeleteAG = perak
DeleteEmas ada cop GR TAPI TAK ADA NO..ORI KE
ReplyDelete916G2 ori ke di malaysia
ReplyDeleteEmas jj tak de harga ke
ReplyDeleteutk jualan semula or gadaian xlepas bos.. beli utk pakai sendiri shj boleh lah..
DeleteEmas 22k laku ke klau jual
ReplyDeleteπ¬π¬
ReplyDelete916kh ori ke?
ReplyDeletekalau label CY apa maksud dia
ReplyDelete